MAKARONI SALAD BUAH-BUAHAN PREGO

  • Masa40 minit.
  • Hidangan 8 - 10

SESUAI DENGAN… semua hidangan pedas dan pasti akan meninggalkan kenangan manis raya ini.

Juga di Paparan: Macaroni, Resipi Raya

Bahan-bahan

  • 100g

    Makaroni PREGO®, masak ikut arahan di paket

  • 1

    biji buah mangga masak, buang kulit dan potong kiub 2sm

  • 1

    biji oren, buang kulit, potong sebesar 2sm

  • 100g

    gegelang nenas tin, potong 2sm sekeping

  • 100g

    strawberi, potong empat

  • 100g

    anggur

  • 2

    sudu besar kismis (atau kurma cencang)

  • ½

    cawan walnat bakar atau kepingan badam

  •  

  •  

    Kuah (gaul bersama dalam mangkuk kecil):

  • 3

    sudu besar jus lemon

  • 2

    sudu kecil parutan kulit lemon

  • 100g

    mayonis

  • 80g

    susu pekat

Penyediaan

  • 1

    Bilas makaroni yang telah direbus dengan air dan sejat. Potong semua buah-buahan. Masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam.

  • 2

    Sampai masa untuk menghidang, satukan salad dan kuah, hidang sejuk.

  • SESUAI DENGAN… semua hidangan pedas dan pasti akan meninggalkan kenangan manis raya ini.

dibuat dengan

PETUA RESIPI

Untuk tampil lebih menarik, buat jeli dalam gelas berkaki atau mangkuk kaca, kemudian letak salad buah-buahan makaroni di atasnya. Sejukkan.

Pilih Rasa. Pilih PREGO®.

Panduan dan cara membuat makanan yang disukai ramai